Kurik Kundi Merah Saga | Membayar nazar di Tanjung Batu, Kain putih dibawa lima; Biar mati seperti kutu, Jangan mati seperti tuma. |
Kurik Kundi Merah Saga | Emas merah kesuma danding, Perahu sarat seperti pelanting; Awaknya putih pinggang ramping, Matanya tajam seperti gunting. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Kedah timbang neraca, Seperti dacing negeri Kelantan; Kalau sudah nasib kaca, Terikat di cincin dikata intan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengeting kaki mengeting betis, Seperti benang sudah diisi; Dipandang jauh cantikmu alis, Gambar adik terkenang hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Hindi raja bermisai, Nampak seperti tanduk gula; Hutang Samsir belum langsai, Hutang kajang datang pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya Allah Alaikum Rahman, Terang seperti air di taman; Jikalau tiada ditetapkan iman, Tuanlah juak kubuat teman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya Allah alaihi Rabbi, Terang seperti air perigi; Jikalau diturut hati begini, Tuanlah juak rela kumati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Basuh periuk jemur ditungging, Nampak hitam seperti arang; Ikut hakim memiat daging, Sakit di awak sakit di orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas serumpun tidak berduri, Rasanya manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas serumpun tidak berduri, Buah manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula. |