Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : bilangan sembilan dgn satu; ® puluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : sembilan dicampur dgn satu (10); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : bilangan sembilan dicampur satu; 10. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : bilangan sembilan dicampur satu; 10; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepuluh

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Sepuluh jung (= kapal) masuk pelabuhan,
     anjing bercawat ekor juga.

Bermaksud :

Tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor).

 

Lihat selanjutnya...(13)

444

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Sepuluh kali ukur, sekali kerat

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi biarlah sepuluh kali ukur, sekali kerat. Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSepuluh hari di Teluk Ramunia, Orang bertandak di atas tanah; Sudah menjadi resam dunia, Di mana bengkak di situ menanah.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaAnak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali.
Kurik Kundi Merah SagaRumah ini tiang sepuluh, Mari kudiri di atas rakit; Malam ini malam kesepuluh, Kerana menunggu orang sakit.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh panjang sepuluh, Nak menjolok sarang tempua; Janganlah adik suruh-menyuruh, Biarlah pandai kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun sepuluh, Mati seekor disambar helang; Kalau tuan berani sungguh, Rebutlah aku di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih panjang sembilan, Panjang sepuluh berkelim rambu; Adik putih tidur semalam, Lekat peluh hodohnya bau.
Kurik Kundi Merah SagaPukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jikalau gopoh main tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaPukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam pun mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jika gopoh merosak diri.
1234

Kembali ke atas