Kurik Kundi Merah Saga | Rumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi pun tak baik, Apa guna kepada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ketitir hujung serambi, Putik belimbing bergetu-getu; Lepas diusik pada kami, Ambil adinda muka pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tindih-menindih batang pinang, Kait mengait serambi padi; Tembak seperti peluru petunang, Apabila kena ular pun mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi menanam selasih, Selasih ditanam di hujung serambi; Bagailah mana hati tak kasih, Kerana tuan baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang di tanah tubuk, Letak buluh di atas serambi; Masuk abang bercium peluk, Terkejut pula kucing berkelahi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tak tumbuh padi di pintu, Anak denak di hujung serambi; Kalau sungguh cakap itu, Sungguh benak hati kami. |