Kurik Kundi Merah Saga | Menjual serbat sampai ke kota, Sehari-hari pergi dan datang; Tidak terubat hati nan luka, Terkenang sahabat jauh di seberang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun serbat di dalam padi, Daun selasih daun semulih; Tidak galak di dalam hati, Mari kita bertambat kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Arab minum serbat, Kalau tak manis ditambah gula; Bolehlah abang tolong mengubat, Kalaulah adik mengikut kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli pauh beli serbat, Makan bersama gula batu; Kalau jauh apa nak buat, Sama-sama menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di dalam mangkuk tuang serbat, Bubuh di atas dulang suasa; Beberapa dukun datang mengubat, Mustahil kan hilang penyakit cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam putih berkokok lalu, Daun serbat di dalam padi; Adik putih alang gemalu, Tidak galak di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si kain pelikat Raja Pangeran, Tuang serbat di dalam takar; Sangat ajaib kerja yang hairan, Hujan lebat rumah terbakar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan puan ke Kota Batu, Air serbat tapis di kain; Jangan tuan kata begitu, Haram tiada pada yang lain. |