Kurik Kundi Merah Saga | Buah macang setangkai lebat, Jatuh mari ke dalam padi; Kalau putus tali penambat, Dia pulang tak balik lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah macang setangkai lebat, Belum dimakan manis dahulu; Budak ini menghantar surat, Belum dibaca menangis dulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning setangkai genap, Mari makan bulan puasa; Putih kuning suara sedap, Taruh mari mainan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning setangkai genap, Mari makan bulan puasa; Putih kuning suara sedap, Taruh mari mainan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buang bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Berapa teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah rambutan setangkai ranum, Mari dimakan bulan puasa; Tuan ketawa saya tersenyum, Hendak ditegur belum biasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Belum teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cakuk manis dua setangkai, Olehku membeli di kedai Cina; Mulutmu manis sedang kaupakai, Banyaklah orang sudah terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bungalah melur kembang setangkai, Taruh mari di lipatan kain; Jikalah benar adik memakai, Janganlah adik ingat yang lain. |