Kurik Kundi Merah Saga | Mari diikat akar selawar, Daun pandan si mati layu; Adik kata abang yang tawar, Abang dagang yatim piatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mati tanduk si kambing jati, Mati terselit di celah pandan; Baru sekarang berjumpa di hati, Seperti berjumpa muka dan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelip-kelip api di dusun, Anak keling bergelang kaca; Abang tak mati peluru dan racun, Mati terjeling si ekor mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si tangkai padi si tangkai lada, Selasih di dalam puan; Sampai mati sampai kurasa, Setengah kasih ditinggalnya tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si tangkai padi si tangkai lada, Selasih di dalam puan; Sampai mati sampai kurasa, Setengah kasih ditinggalnya tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kodok di atas papan, Mati dipatuk si ular sawa; Enak sungguh mimpikan tuan, Serasa menjenguk pintu syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tali kuda tolong tambatkan, Terbang sekawan burung merpati; Bukan tidak kanda katakan, Adik membela si kami mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Hilanglah tuan boleh dicari, Hilang anak susah dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggilah tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Hendak bergurau selama ini, Ada kekasih jauh di selat. |