Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : sj beruk yg besar (bertangan panjang dan tidak berekor), Hylobates syndactylus; bagai ~ kurang kayu prb bersusah hati kerana ketiadaan keperluan sehari-hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : sj logam berwarna kelabu, tung­sten. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : beruk besar yg bertangan panjang, berbulu hitam dan tidak berekor, Symphalangus continentis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siamang

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah mahu dapat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai bunyi siamang kenyang.

Bermaksud :

Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak sindorai siamang, Digatuk pinang Pasir Lumut; Adik jangan tergamang, Hamba biasa susah hidup.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah mahu dapat.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah nak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap padi di paya, Dimakan beruk dengan siamang; Jangan diharap kepadanya saya, Rupa buruk bangsanya kurang.
Kurik Kundi Merah SagaJin besar turun bertapa, Minum darah segantang sehari; Ikan di laut jangan dituba, Siamang di rimba habis mati.
Kurik Kundi Merah SagaLimau lelang tengah sempadan, Petik orang bawa ke hulu; Rimau menderam tengah hutan, Monyet siamang gemangkan bulu.

Kembali ke atas