Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat mudik ke hulu, Ikan haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jawi siapa makan padi, Jawi orang Seberang Akat; Siapa kata kita tak akan jadi, Batik bertukar dengan pelikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa elok perabung, Itu nama rumah Cik Siti; Tunang siapa turun bertudung, Tunang mana tunang tak jadi. |