Kurik Kundi Merah Saga | Singgah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singgah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang singgah Kuala Daik, Beli durian dalam perahu; Jikalau sudah emas yang baik, Tak payah diuji orang pun tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung jeladan singgah di huma, Anak balam turun ke paya; Budi laksana sinar purnama, Manusia alam menumpang cahaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal Arab singgah di Acheh, Sarat muatan batang padi; Jangan diharap orang berkasih, Sedang bertunang haram tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bidadari dari hutan, Singgah menganyam di dalam kota; Tepuk dada kenangkan tuan, Jatuh berlinang air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi Makkah lalu Madinah, Singgah bermalam tengah laut; Dengarlah ratap Siti Fatimah, Dengarlah suara Nabi Allah Daud. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi kapal berlabuh, Singgah di Bentan membeli kopi; Bangun pagi sembahyang Subuh, Minta Tuhan tambahkan rezeki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Datang sudah kapal suluk, Singgah merapat Sandakan; Berapa tinggi bunga dijolok, Baik budi mendapatkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari pauh permatang layang, Singgah berapat papan kemudi; Dari jauh abang datang, Mengenang adik baik budi. |