Kurik Kundi Merah Saga | Makan sirih pinang gerada, Sikit kapur tambah gambir; Duduk dekat sama muda, Sikit bertutur banyak bersindir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah keranji buah delima, Mari letak atas meja; Sirih pinang sudah kuterima, Tanda jadi kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi dikelim, Mari kelim sisi belalang; Sirih pinang boleh dikirim, Nak kirim bukannya barang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi berkelim, Jahit baju benang berombak; Sirih pinang dapat dikirim, Rindu dendam siapa nak bawak? |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah keranji kulitnya hitam, Masak sebiji atas peti; Sirih pinang telah dikirim, Sebab boleh kehendak hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik ke hulu pengayuh jatuh, Buat bersunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Baru tidak berjari lima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik ke hulu kepayang luruh, Buat sunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Bagi tidak saya terima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih pinang gagang pinang, Patah pucuk si gembila; Cahaya pinang naik ke kening, Cahaya sirih naik ke muka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang laut keliling, Beli baju dari barat; Sirih pinang boleh kukirim, Hati rindu apa ubat? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang laut keliling, Nampak dari Pulau Jerjak; Sirih pinang boleh kukirim, Hati rindu siapa nak bawa. |