Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suasa

Puisi
 

Beli suasa beli tembaga,
     Sudah dibeli tidak dipakai;
Malam ini malam celaka,
     Sudah dijanji tidak ditunai.


Lihat selanjutnya...(24)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMerak emas merak Palembang, Merak suasa patah kaki; Gunung emas sudah hilang, Gunung suasa ada ganti.
Kurik Kundi Merah SagaBeli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai.
Kurik Kundi Merah SagaPadi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah.
Kurik Kundi Merah SagaSebentuk cincin dari suasa, Ikat permata bertambah cantik; Sudah tak bersudu oleh angsa, Barulah diberi kepada itik.
Kurik Kundi Merah SagaCincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaBubuh di atas dulang suasa, Beri minum ratu Majapahit; Mustahil kan hilang penyakit cinta, Jika tak dapat tidur pun sakit.
Kurik Kundi Merah SagaPakai cincin di jari manis, Cincin suasa permata dua; Adik runsing jangan menangis, Nanti tiba masa kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaPakai cincin di jari manis, Cincin suasa bermata dua; Jangan runsing jangan ditangis, Biarlah rahsia kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaIntan baiduri di dalam puan, Gelang suasa dalam raga; Bila kupandang wajahmu tuan, Bagai terpandang pintu syurga.
Kurik Kundi Merah SagaCincin ini cincin ditempa, Cincin ini ikat suasa; Kalau buah putik diranggah, Masam manis tak tentu rasa.
123

Kembali ke atas