Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Anak bulan tiada pohon,
     Anak kubis tepi sempadan;
Habis bulan berganti tahun,
     Sudah habis nyawa di badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telah penuh sebagai bersukat.

Bermaksud :

Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak bulan tiada pohon, Anak kubis tepi sempadan; Habis bulan berganti tahun, Sudah habis nyawa di badan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak padi bunga di hujung, Sama-sama di atas papan; Habis dunia sudah kukeliling, Baru bertemu dengan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaTetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging.

Kembali ke atas