Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.di] | سودي

Definisi : 1. tidak keberatan (utk melakukan sesuatu), bersedia, rela: jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; 2. suka (akan), berkenan, mahu: kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi di­katanya tidak ~; bersudikan berkenan akan, suka akan; menyudikan, mempersudikan 1. menja­dikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (meman­cing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.di] | سودي

Definisi : ; ~ siasat Mn bertanya-tanya utk menyelidiki (menyiasat dll); menyudi memeriksai, menyelidiki, menyiasat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.di] | سودي

Definisi : Kl; menyudi mencuba, menguji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.di] | سودي

Definisi : 1 sedia utk melakukan sesuatu; rela: Beberapa orang yg lalu-lalang telah ~ menghulurkan derma kpdnya. 2 mahu akan; suka: Aku tak ~ melihat muka­mu. bersudikan berkenan (akan). me­­nyudikan menggerakkan hati dll supaya sudi; menjadikan sudi: Apakah yg ~ engkau datang ke mari? mempersudikan meminta supaya sudi; mempersilakan: Beliau ~ para tetamu masuk. kesudian rasa sudi; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudi (kata kerja)
Bersinonim dengan tidak keberatan bersedia, rela, sanggup, reda, suka, mahu, ingin, ambuh, embuh;,
Kata Terbitan : bersudikan, mempersudikan, kesudian,

Puisi
 

Kain kudi di atas atap,
     Belum patah jarum hilang;
Kalau sudi abang bersantap,
     Kalau tak sudi janganlah buang.


Lihat selanjutnya...(36)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti.
Kurik Kundi Merah SagaKain kudi di atas atap, Belum patah jarum hilang; Kalau sudi abang bersantap, Kalau tak sudi janganlah buang.
Kurik Kundi Merah SagaMengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaBintang tidak terbit pagi, Diselaput oleh awan putih; Puan sudi sampai ke mari, Saya memberi terima kasih.
Kurik Kundi Merah SagaKalau membeli buah delima, Buah nanas atas tempayan; Kalau sudi tuan terima, Cincin emas permata berlian.
Kurik Kundi Merah SagaKalau membeli buah delima, Buah nanas atas tempayan; Kalau sudi tuan terima, Cincin emas permata berlian.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan kedai Yahudi, Dari Beaufort di kedai Cina; Kalau tuan berhati sudi, Bunga sekuntum dibahagi dua.
Kurik Kundi Merah SagaSisir-sisir rambut panjang, Sudah disisir disolek bunga; Fikir-fikir sepanjang-panjang, Sudi menatang kitak berdua.
Kurik Kundi Merah SagaCeriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh atas permatang, Masak sebiji buah delima; Dari jauh saya datang, Kalau sudi minta terima.
1234

Kembali ke atas