| Kurik Kundi Merah Saga | Ke bukit membeli mangkuk, Mangkuk dibeli buah berangan; Sukar sulit burung kan masuk, Burung biasa makan di tangan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak buaya naik mencuri, Singgah mari di Pasir Panjang; Hutang budi sukar dicari, Kalau dapat kasih berpanjangan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari. |