Kurik Kundi Merah Saga | Orang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Tompok airnya dalam, Sungguh dalam bercampur pasir; Orang Tompok banyak Islam, Sungguh Islam bercampur kafir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Bintangor airlah merah, Tempat orang mencuci gigi; Kalau sungguh dipanjang Allah, Boleh kita berjumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Katong sungainya biru, Tempat Mak Kuntum berulang mandi; Tanah duduk tinggallah dulu, Ada untung baliklah kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Kantan bertembok batu, Tempat orang membuat perahu; Ayam jantan memang begitu, Pandai berkokok bertelur tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Pahit lubuknya dalam, Ikan seluang mati bertuba; Mimpi baik saya semalam, Mimpi bulan jatuh di riba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Singapura tanah malia, Daun mekar dilayang angin; Pura-pura melihat saya, Ekor mata pandai bermain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Bintangor airnya merah, Tempat budak bercuci kaki; Sebelum bergurau saya berolah, Dari hidup sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai. |