Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meskipun, kendati, walaupun: ~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungguhpun.

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima enam tujuh setengah;
Sungguhpun pandai tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sungguhpun batang merdeka,
     ingat pucuk akan terempas.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih samaselasih, Kalau tinggi ambil galah; Sungguhpun jadi bertemu kasih, Jodoh pertemuan di tangan Allah.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Sungguhpun pandai tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain.
Kurik Kundi Merah SagaAsah-asah tajam kalam, Mari ditulis di kertas Cina; Sungguhpun tetak patah di dalam, Syarat ubat carinya kena.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil buluh buat sumpitan, Hendak menyumpit rumah Cik Bata; Sungguhpun banyak biring tambatan, Ayam togel di laman juga.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pungguk burung dewata, Hinggap mari di ranting mati; Sungguhpun duduk jauh di mata, Kasih tetap di dalam hati.
12

Kembali ke atas