Kurik Kundi Merah Saga | Nak takuk, takuklah, Supaya senang hendak meniti; Nak katuk, katuklah, Jangan sampai menjadi mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya tiga, Mati seekor tinggalnya dua; Supaya tahu jalan ke syurga, Hilai-hilai dimakbulkan doa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggalnya empat; Budi Tuhannya sudah diterima, Supaya hambanya membaca sifat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang. |