Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tabir (kata nama)
Bersinonim dengan tirai, langsir, penutup jendela, skrin, adang, bidai, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeram, sekesel, kerai, belat, gorden, korden, layar, layar sebeng, pendinding, langsai, kelir;,
Kata Terbitan : bertabir, menabiri,

Puisi
 

Tabir-tabir kayu dilintang,
     Katak makan si daun ubi;
Perlahan-lahan apa dirunding,
     Syukur mendapat orang berbudi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Apa dirunding perlahan-lahan, Syukur mendapat orang berbudi.
Kurik Kundi Merah SagaTabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Perlahan-lahan apa dirunding, Syukur mendapat orang berbudi.
Kurik Kundi Merah SagaJangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung.
Kurik Kundi Merah SagaSembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaSembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang.
Kurik Kundi Merah SagaSaya tidak memandang bulan, Mari selindung sebalik tabir; Saya tidak memandang tuan, Hati beramuk bagai nak hancur.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Hamid belayar ke Jawa, Buah jerap masak merekah; Tabir langit sudah sedia, Malam besok abang nak nikah.
Kurik Kundi Merah SagaKerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk.

Kembali ke atas