Kurik Kundi Merah Saga | Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu; Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Arab pergi Makasar, Jalan kaki Kampung Cik Tahir; Jangan harap taukeh di pasar, Garam sekati curi setahil. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk di tanah Kelebang, Curi daging makanan Cik Tahir; Berapa deras dipukul gelombang, Belum mabuk ikan di air. |