Kurik Kundi Merah Saga | Apalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis dipegang budak, Nak buang tak ada beliung; Menangis bukannya budak, Nak terbang bukannya burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum banai berlian, Buat mari perumbung saji; Kalau tak ada petemu tuan, Jangan dicari disakit hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian; Tak ada orang menyesal dahulu, Banyak orang menyesal kemudian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang kepiting ketam kepiting, Hari-hari merendam lada; Kalau tak ada bukit ke dinding, Hari-hari bertentang mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiak-tiak orang berinai, Orang berinai merah di jari; Saya tak ada belanja tunai, Kami datang menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Balasatudin berasal nama, Yang bernama si Simpanglah Tiga; Orang lain bukan tak ada, Abang seorang masih di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunting baju Teluk Belanga, Ada lebih buat sorja; Tak ada malu orang bertanya, Di situ tuan melihat rupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda. |