| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hancur-hancur daun keladi, Buat makanan di waktu pagi; Hendak dikesal tak guna lagi, Carilah lain sebagai ganti. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ambil parang galikan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Matahari masuk bulan pun timbul, Cahaya bintang tak guna lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tak guna ayam di kampung, Ayam hitam memakai taji; Tidaklah guna berikat bengkung, Kalau tak boleh menahan negeri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pokok duku di hujung jalan, Patah ditimpa si dahan sena; Sesal dahulu memang pendapatan, Sesal kemudian haram tak guna. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina jual ikan, Jual mari ikan tenggiri; Senjata kubawa kalau tak makan, Dunia tak guna kutengok lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti. |