Kurik Kundi Merah Saga | Apa abang jahit baju, Jahit kain banyak lagi; Tak payah abang kata begitu, Kata lain banyak lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang singgah Kuala Daik, Beli durian dalam perahu; Jikalau sudah emas yang baik, Tak payah diuji orang pun tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Kangar pergi ke Kuala, Baru mari Simpang Empat; Ilmu orang dahulukala, Tak ada nak beli payah nak dapat. |