Kurik Kundi Merah Saga | Seorang berkuda seorang berlembu, Takkan sama dengan tapaknya; Tuan sutera saya belacu, Takkan sama dengan coraknya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun nanas daun nangka, Takkan boleh dilipat-lipat; Tuan emas saya tembaga, Takkan boleh dikerat-kerat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang hari disinar fajar, Terang fajar sampai ke senja; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Panggang simbubu tak bertulang, Entahkan pandan meluruti; Emak di kubur takkan pulang, Entahkan badan menuruti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung helang terbang dekat, Dalam beringin tempat titinya; Barang yang hilang takkan dapat, Cari yang lain akan gantinya . |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pemanggil teluk empat, Tampak dari Johor Lama; Adik tinggal menunggu tempat, Abang pergi takkan lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kajang tuan tali mengkuang, Kajang saya bertali jerami; Janganlah tuan berhati bimbang, Gunung dikejar takkan lari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kajang tuan tali mengkuang, Kajang saya bertali jerami; Janganlah tuan berhati bimbang, Gunung dikejar takkan lari. |