Kurik Kundi Merah Saga | Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kami tak takut kerbau datang, Suka melurut padi manila; Kami tak takut kekasih orang, Jika diturut hati nan suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Timba-timba dicebok jangan, Takut dapat puyu saja; Gila-gila mabuk jangan, Takut dapat malu sahaja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan tebang pinang tinggi, Takut kena junjung sirih; Jangan kacau tunang kami, Takut terkena hujung keris. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cuba-cuba menanam sirih, Takut nak ada tumbuh sulurnya; Cuba-cuba merebut kasih, Takut nak ada unjuk hulurnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Esah orang Patani, Takut tengok telaga dalam; Tak usah hidup begini, Tidur siang berjaga malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan bersangkut mata, Takut besi dimakan api; Bunga di tangan apa disuka, Luka di hati dibawa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan. |