Kurik Kundi Merah Saga | Rosaklah kasut jalan ke pasir, Takutlah kaki terajuk duri; Rambutku kusut tersisir, Bawa mengenang nasib sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tangkisi bukit Tangkisi, Tempatlah orang terima gaji; Tuan jauh saya tangisi, Takutlah tiada berjumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rasa nak nangguk rasanya tidak, Hilir rakit airlah bah; Rasa nak masuk rasanya tidak, Takutlah tidur adik berubah. |