Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lam] | تالم

Definisi : sj dulang yg tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keun­tung­an diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lam] | تالم

Definisi : dulang tidak berkaki tempat me­nyajikan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
talam (kata nama)
Bersinonim dengan dulang, ceper, sumberip, pahar, penampan, tetampan, panai, limbang, nyiru, neka, ancak, baki, cerana, kerika.,

Puisi
 

Talamlah ini talam tembaga,
     Putus tali sampainya hilang;
Malamlah ini malam celaka,
     Putusnya janji sampainya hilang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTeluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata.
Kurik Kundi Merah SagaTalamlah ini talam tembaga, Putus tali sampainya hilang; Malamlah ini malam celaka, Putusnya janji sampainya hilang.
Kurik Kundi Merah SagaLetak di tengah talam, Mari tumbuk kutapisi; Bangun tersedak tengah malam, Bantal kupeluk kutangisi.
Kurik Kundi Merah SagaAir selepak di dalam talam, Air geluk mandi dihabisi; Tidur tersentak di tengah malam, Bantal dipeluk ditangisi.
Kurik Kundi Merah SagaBerdentum bedil Melayu, Nak tembak talam tembaga; Datuk Bandar bukalah pintu, Anak dagang nak masuk berniaga.
Kurik Kundi Merah SagaCik Lah orang Melaka, Jual talam dengannya cuka; Tujuh bilah lembing di dada, Hitam manis kupegang juga.
Kurik Kundi Merah SagaApalah kena pauh buritan, Ambil talam taruhlah pauh; Apalah kena burunglah di hutan, Lepas di tangan terbanglah jauh.
Kurik Kundi Merah SagaMenjadi pokok menjadi daun, Makan di talam masaknya nasi; Begini rasanya cerai setahun, Cerai semalam rasanya mati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang untai beruntai, Mari beruntai dalam talam; Jangan tuan suka mengintai, Orang banyak lagi di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaBaju saya lupa dijahit, Daun birah selebar talam; Malu saya bukan sedikit, Sudah pecah serata alam.
12

Kembali ke atas