Kurik Kundi Merah Saga | Tali apa nampak kelihatan, Tali layang putus teraju; Di kiri api di kanan lautan, Jalan yang mana hendak dituju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api naik berjurai, Terkerat tali di haluan perahu; Hajat hati tak mahu bercerai, Janji tersurat siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak membentang tali rawaiku, Akan kumakan sembilan api; Malas memakai kepandaianku, Takut kucerai orang berlaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup-tiup angin di atas, Hendak memetik tali kecapi; Jongnya lilin layarnya kertas, Hendak menempuh lautan api. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kencang-kencang angin di atas, Hendak putus tali kecapi; Jongnya perak layarnya kertas, Hendak melanggar lautan api. |