Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pa/.tam.pa/] | تمڤق٢

Definisi : 1. tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tampak-tampak

Puisi
 

Pulau Pemanggil teluk empat,
     Tampak dari Johor Lama;
Adik tinggal menunggu tempat,
     Abang pergi takkan lama.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Datang tampak muka,
     pulang tampak punggung.

Bermaksud :

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pemanggil teluk empat, Tampak dari Johor Lama; Adik tinggal menunggu tempat, Abang pergi takkan lama.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan punca merah, Mari sarung cincin suasa; Luka tangan tampak berdarah, Luka hati menahan rasa.
Kurik Kundi Merah SagaKati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya.

Kembali ke atas