Kurik Kundi Merah Saga | Bunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina tanaman Cina, Mari bungkus di atas kertas; Lihat saya bena tak bena, Tak usah harap katakan lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina tanaman Cina, Ambil sekuntum bungkus kertas; Pandang tuan bena tak bena, Di dalam hati haram tak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Halia ini tanam-tanaman, Ke barat juga akan condongnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sudahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Halia ini tanam-tanaman, Di darat jua tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat jua akan sungguhnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Halia ini halia tanaman, Tempat hiris bintang berlenguh; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat juga tempat yang sungguh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang ini pisang tanaman, Ditebang boleh disikat jangan; Budak ini budak permainan, Didekat boleh dipegang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon cempaka bunga yang harum, Tanaman budak di luar kota; Berpandang berjumpa belum, Di dalam hati sangat bercinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa putih di tengah laut, Ruku-ruku tanaman Cina; Apa putih di tengah rambut, Telur kutu disangka bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari seberang naik rakit, Sampai ke darat mencuci tangan; Selagi ada ladang di bukit, Susah nak tumbuh tanam-tanaman. |