Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tasik (kata nama)
Bersinonim dengan danau, situ, danu.,

Puisi
 

Tasik Cini airnya tenang,
     Tempat kedidi selalu terbang;
Hamba kini dalam bimbang,
     Akibat janji dilupai orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menabur bijan ke tasik.

Bermaksud :

Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit.
Kurik Kundi Merah SagaTasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tasik dari hulu, Mengenang juga cincin permata; Malam tadi menahan rindu, Makan bersuap si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaKe sini tasik ke mari padang, Tempat pandan tumbuh mencelah; Di sini kasih di sana sayang, Terbuang badan sama tengah.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu merentang jalan, Ular lidi merentang tasik; Ribu-ribu orang di jalan, Adik seorang terpandang cantik.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak bunga di Tanjung, Bila beringin ke Tasik Kembang; Kalau tidak intan dijunjung, Saya tidak ingin kepada orang.
Kurik Kundi Merah SagaPohon merbau pohon di hutan, Anak buaya merentang tasik; Jika seribu orang di jalan, Ada seorang kupandang cantik.
Kurik Kundi Merah SagaJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit.

Kembali ke atas