Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bertebang sudah dipotong (pokok kayu dll); menebang memotong pokok kayu dll yg besar-besar: segala pegawai mengerahkan rakyat menebas dan ~ segala kayu-kayuan; ~ tebas = ~ menebas memotong segala jenis pokok utk bercucuk tanam dll; hendak ~ merebahkan, hendak mencencang memuĀ­tuskan prb Mn hendak berbuat sesuatu dgn sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yg lain; tebangan 1. hasil drpd menebang; 2. apa yg ditebang; 3. cara menebang; penebangan 1. perihal menebang; 2. tempat menebang (pokok kayu); penebang 1. alat utk menebang (spt kapak, beliung, dll); 2. orang yg (kerjanya) menebang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tebang
Kata Terbitan : menebang, penebang, penebangan,

Puisi
 

Tebang tebu banyak-banyak,
     Mari bawa dalam raga;
Tuntut ilmu biar banyak,
     Nak menutup pintu neraka.


Lihat selanjutnya...(22)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTebang puan pangkal Jeddah, Sekali tebang sekali tumbuh; Kalau tuan cakap tak sudah, Sekali hendak sekali tak ambuh.
Kurik Kundi Merah SagaTebang tebu banyak-banyak, Mari bawa dalam raga; Tuntut ilmu biar banyak, Nak menutup pintu neraka.
Kurik Kundi Merah SagaTebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaTebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu.
Kurik Kundi Merah SagaTebang tebu tiga batang, Satu batang melintang sungai; Tiga hari tuan tak datang, Air mata jatuh berderai.
Kurik Kundi Merah SagaTebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti.
Kurik Kundi Merah SagaTebang daun dua pelepah, Singgah menumpang sungai dua; Sepuluh kali emak menegah, Hati suka bermain juga.
Kurik Kundi Merah SagaJangan tebang pinang tinggi, Takut kena junjung sirih; Jangan kacau tunang kami, Takut terkena hujung keris.
Kurik Kundi Merah SagaMerambat tebang bertingkat, Rambat menyangkut di kaki sauh; Sudah terlepas burung berikat, Sudah biasa terbang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaMari tebang si pokok buluh, Buluh ada di tepi paya; Abang datang dari jauh, Mari hendak berjumpa mata.
123

Kembali ke atas