Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bu] | تبو

Definisi : sj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tum­buhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (seba­tang­­nya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bu] | تبو

Definisi : beberapa macam tumbuh-tum­buhan jenis rumput yg batangnya beruas-ruas dan airnya boleh dibuat gula, Saccharum officinarum. bertebu-tebu 1 beruas-ruas. 2 bergelang-gelang. menebu-nebu membuat ber­tebu-tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebu

Puisi
 

Budak-budak memakan tebu,
     Tebu ditanam di depan kota;
Duduk termenung di muka pintu,
     Terkenang kekasih jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tebu setuntung masuk geraham gajah.

Bermaksud :

Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)

614

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCik Esah menanam tebu, Tebu ditanam tidak bersuli; Tidak usah badan bertemu, Asal dapat mendengar bunyi.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak memakan tebu, Tebu ditanam di depan kota; Duduk termenung di muka pintu, Terkenang kekasih jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaTebu seruas di dalam air, Nampak ada kilat bayangnya; Nasi sesuap seteguk air, Nampak juga kasih sayangnya.
Kurik Kundi Merah SagaTebu hitam mati pucuk, Mari dimakan manis rasa; Melintang keris di rusuk, Hitam manis kuambil juga.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu kilas ke dayung, Nak berdayung Laut Melaka; Tuntutlah ilmu buatkan payung, Nak menghindar api neraka.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar.
Kurik Kundi Merah SagaTebang tebu banyak-banyak, Mari bawa dalam raga; Tuntut ilmu biar banyak, Nak menutup pintu neraka.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu betung, Sandar pokokinai; Selawat gajah Tuk Dong, Saya nampak Tuk Nai.
Kurik Kundi Merah SagaMakan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan.
Kurik Kundi Merah SagaTebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu.
12345

Kembali ke atas