Kurik Kundi Merah Saga | Cik Esah menanam tebu, Tebu ditanam tidak bersuli; Tidak usah badan bertemu, Asal dapat mendengar bunyi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak memakan tebu, Tebu ditanam di depan kota; Duduk termenung di muka pintu, Terkenang kekasih jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebu seruas di dalam air, Nampak ada kilat bayangnya; Nasi sesuap seteguk air, Nampak juga kasih sayangnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebu hitam mati pucuk, Mari dimakan manis rasa; Melintang keris di rusuk, Hitam manis kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu kilas ke dayung, Nak berdayung Laut Melaka; Tuntutlah ilmu buatkan payung, Nak menghindar api neraka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang tebu banyak-banyak, Mari bawa dalam raga; Tuntut ilmu biar banyak, Nak menutup pintu neraka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu betung, Sandar pokokinai; Selawat gajah Tuk Dong, Saya nampak Tuk Nai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu. |