Kurik Kundi Merah Saga | Telah masak rambai nan manis, Tidak boleh nan muda lagi; Telah bengkak mata menangis, Emak tak dapat bersua lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belah mana pasang pelita, Tarik sumbu di balik bukit; Telah mana orang bermain mata, Tarik senyum kening terangkit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari sana hendak ke sini, Sampai ke sini melipat kain; Telah masak macang kuini, Kulit sama rasanya lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah keranji kulitnya hitam, Masak sebiji atas peti; Sirih pinang telah dikirim, Sebab boleh kehendak hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih puan depan tangga, Menyambung datang orang marhaban; Tanya puan dijawab duka, Bunga di jambangan telah kepunyaan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih puan depan tangga, Menyambung datang orang marhaban; Tanya puan dijawab duka, Bunga di jambangan telah kepunyaan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas. |