Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telunjuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan jari kedua

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan perintah, seruhan, arahan, kemahuan, kehendak.,


Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Telunjuk mencocok (= merosok,
     menikam) mata.

Bermaksud :

Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJelutung batang jelutuk, Batang jelutuk dibelah-belah; Mana pula tak boleh colek telunjuk, Telunjuk diberi oleh Allah.
Kurik Kundi Merah SagaDaun sirih jangan dikait, Kalaulah kait mematah layu; Telunjuk lurus kelingking berkait, Itu pepatah orang Melayu.
Kurik Kundi Merah SagaHelang pungguk helang perikan, Tidur siang jaga malam; Jari telunjuk diberikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaPotong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan.
Kurik Kundi Merah SagaBatang keduduk dibuat galah, Hendak menghalau si ayam jantan; Telunjuk sudah dijadikan Allah, Hendak menculik kapur berjuitan.
Kurik Kundi Merah SagaNona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait.
Kurik Kundi Merah SagaKerbau saya kerbau jantan, Dia makan padang senduduk; Kapur saya kapur intan, Jangan dicedok dengan telunjuk.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menanam betik, Siram dengan air sejuk; Jangan hiba bunga yang cantik, Nanti tuan turut telunjuk.
Kurik Kundi Merah SagaKalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk?
Kurik Kundi Merah SagaKerbau saya kerbau jantan, Jangan ditambat di pohon keduduk; Kapur saya kapur berjintan, Jangan diculik dengan telunjuk.

Kembali ke atas