Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pua] | تمڤوا

Definisi : burung ~ sj burung, cak raya, Ploceus philippinus infortunatus; kalau tak ada berada (berada-ada), tak akan ~ bersarang rendah prb tentu ada sebabnya (ada sesuatu yg tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pua] | تمڤوا

Definisi : nama sj burung, Ploceus philip­pinus infortunatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempua

Puisi
 

Sarang tempua di Kelumpang,
     Berisi ular tampung hari;
Kok nak bersua sama seorang,
     Datang ke ladang tengah hari.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTerbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan.
Kurik Kundi Merah SagaSarang tempua di Kelumpang, Berisi ular tampung hari; Kok nak bersua sama seorang, Datang ke ladang tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaMari dikait sarang tempua, Anak tiung pandai meniti; Hamba duduk gelak ketawa, Untuk mencari penghibur hati.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh panjang sepuluh, Nak menjolok sarang tempua; Janganlah adik suruh-menyuruh, Biarlah pandai kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke sungai membeli buah, Mari dikait sarang tempua; Kuala Jengal tanah bertuah, Kutumpang duduk gelak ketawa.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua.

Kembali ke atas