Kurik Kundi Merah Saga | Tengah hari sama ke hulu, Penat kaki tidak terkira; Resah hati siapa tahu, Rindu dipendam dalam ketawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam mari tengah hari, Mana didapati ada tak kena; Saya menyusun sepuluh jari, Jangan diumpat mana tak kena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengetam padi tengah hari, Padi habis dimakan helang; Pingganglah ramping tubuhnya tinggi, Jiwalah abang berasa melayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengaji QurÂȘan Istanbul, Lambat pandai di tengah hari; Kalau adinda berhati betul, Kasilah abang cincin di jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rendang sungguh si pohon beringin, Berhenti rehat tengah hari; Bila hati sudah teringin, Tua muda hamba tak peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kembang indah menawan hati, Sayang terkerat di tengah hari; Cinta itu laksana api, Tersalah hemat membakar diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali memakai terendak, Terendak dipakai di tengah hari; Kalau hati sudah berkehendak, Tidak dapat ditukar ganti. |