Kurik Kundi Merah Saga | Ikan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan tenggiri ikan todak, Tiga dengan ikan kerapu; Toleh kiri kanan pun tidak, Sampailah saya dagang piatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tenggiri anak selambai, Ludah-ludah dalam perahu; Langit tinggi jangan dicapai, Bumi rendah tengok dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan tenggiri ikan di laut, Pecah lemak berlinang-linang; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan menumbuk pinang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tenggiri ikan di laut, Airnya tenang lenang-lenangan; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan mengacip pinang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tenggiri ikan di laut, Airnya tenang lenang-lenangan; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan mengacip pinang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah tenggiri datang, Hulur kembang di luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Cari ganti tempat yang tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan todak tenggiri batang, Suluh menyuluh di dalam perahu; Tuan hendak sendiri datang, Suruh menyuruh saya tak mahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan cudak tenggiri batang, Suluh-menyuluh di haluan perahu; Kalau hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh kami tak tahu. |