Kurik Kundi Merah Saga | Tengku Pangiran Datuk di Jambi, Naik ke darat mencari getah; Berasa hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengku Muda dari Daik, Naik ke darat menanam lada; Jika ada nasib baik, Di mana jatuh saya ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut. |