Kurik Kundi Merah Saga | Bubuh racun di dalam gelas, Kalau minum tentulah mabuk; Tuan terima dengan ikhlas, Boleh tidak saya nak masuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi. |