Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rap] | ترڤ

Definisi : (térap) Kl, Tr mengemas dan menyusun (pinggan, periuk, dll): tolong ~ baik-baik sikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kulitnya boleh dibuat tali, cawat, dll), Artocarpus elasticus; getah ~ getah drpd pokok terap (utk menang­kap burung); menerap menggetah burung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : ark; berterap berukir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : Jh acuan kuih; menerap membuat kuih dgn menggunakan terap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : nama sj pokok yg kulitnya dpt dibuat tali, cawat dll, Artocarpus elasticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : alat utk membentuk sesuatu (kuih dll); acuan. menerap mem­bentuk kuih dll dgn terap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : ; juru~ orang yg memasang dan membaiki jentera. menerap 1 memasang jentera. 2 mengikat bata dgn simen dll utk membuat dinding dsb. 3 mengikat permata pd cincin dsb. menerapkan 1 menyebabkan sesuatu diikat atau dipasang pd; mengenakan sesuatu pd. 2 ki memanfaatkan se­suatu teori (hasil penyelidikan dsb) utk sesuatu keperluan amali; mempraktikkan: ~ pengetahuan morfologi ke dlm penyusunan kamus. terapan 1 apa-apa yg diterap­kan; sesuatu yg dpt diterapkan. 2 hasil drpd menerap. penerapan 1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. 2 hal atau perbuatan me­­ne­rapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan. penerap 1 orang yg kerjanya menerap bata, permata dsb. 2 orang yg menerapkan ilmu, nilai dll. 3 alat utk menerap sesuatu: ~ bata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,

Puisi
 

Pokok terap dipukul bayu,
     Bayu sampai ke kota raja;
Sudahlah adat kita Melayu,
     Pandai berpantun berguraulah senda.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Besar bungkus tak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDaun terap di ataslah bukit, Kapallah menyamun dualah batang; Jadi kenangan bukanlah sedikit, Darilah dulu sampai sekarang.
Kurik Kundi Merah SagaPokok terap dipukul bayu, Bayu sampai ke kota raja; Sudahlah adat kita Melayu, Pandai berpantun berguraulah senda.
Kurik Kundi Merah SagaDaun terap gugur melayang, Jatuh ke laut disambar tenggiri; Tidur sekejap bangun abang, Bukan rumahtangga sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaPokok terap tumbuh di bukit, Buahnya lisut dimakan kera; Harap di hati bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.
Kurik Kundi Merah SagaDaun terap gugur melayang, Kayu ara di Kampung Bukit; Harapnya abang ibu melayang, Harapnya adik tidak sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaDaun terap di atas bukit, Tempat menggantung buah pala; Harapnya kami bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.
Kurik Kundi Merah SagaDaun terap atas bukit, Buat tudung buah pala; Harap saya bukan sedikit, Sama banyak rambut di kepala.
Kurik Kundi Merah SagaBuah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana mudik ke Terap, Patah galah di dalam perahu; Tuan umpama bunga dedap, Sungguh merah tiada berbau.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit makan nanas, Arang terap dalam padi; Janganlah adik bercakap panas, Rasa sedih di dalam hati.
12

Kembali ke atas