Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,

Puisi
 

Teras Kemunting haluan perahu,
     Tanam tebu hutan seberang;
Angkat kening memberitahu,
     Bolehkah jumpa sama seorang?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBelok-belok ke jamban pilih, Teras seraya di dalam padi; Elok buruk aku tak pilih, Asalkan berkenan dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaTeras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang?
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak teras bintang, Suluh menyuluh luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Suruh menyuruh kita tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaDari Daik pergi Kelantan, Kencang angin barat selatan; Sungguh baik teras di hutan, Lama disimpan tumbuh cendawan.
Kurik Kundi Merah SagaDari hulu ke Tanjung Mulih, Singgah beli buah berangan; Saya teras gasing dipilih, Mana boleh pecah di laman.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pergi ke hutan, Pergi ke hutan memburu rusa; Teras gaharu sangka bukan, Salah pandang rosak binasa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak dua beradik, Pergi ke pasar beli padi; Saya asal teras yang baik, Hujan panas serba jadi.

Kembali ke atas