Kurik Kundi Merah Saga | Nasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang berderak pandai berguru, Sayang selasih terbuang layu; Mujur saya baru berguru, Kalau tidak terbuang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah nasib pisang jeranang, Pisang masak terbuang lalu; Sudahlah nasib apa dikenang, Badanku seorang terbuang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah nasib pisang jeranang, Pisang masak terbuang lalu; Sudahlah nasib apa dikenang, Badanku seorang terbuang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok cempedak di tepi tangga, Berbuah sebiji gugur terbuang; Janganlah mudah berasa bangga, Bilalah diri dipuja orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Putus berkeluang, Direndang jagung dihangusi; Hukum putus badan terbuang, Dilihat kampung ditangisi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bajak wangkang di Pulau Tioman, Pulau Pingat jauh dipandang; Sudah terbuang kampung halaman, Teringat ibu rasa nak terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandan ini pandan lanjiwang, Mandi-mandian orang beranak; Badan ini badan terbuang, Benci-bencian orang yang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. |