Kurik Kundi Merah Saga | Burung serindit tidur tergantung, Tergantung mari di alang tengah; Tabiklah datuk empunya kampung, Kami bermain di tengah-tengah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keritih tiram tergantung, Limau manis banyak bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Hitam manis baik budinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak nasi periuk tergantung, Hanyut sampan dari Langat; Apa nasib badan diuntung, Petang-petang asyik teringat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sarang lebah nampak tergantung, Baik-baik jangan tersinggung; Ingat-ingat kita di kampung, Jangan diagah rimau menyangkung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak nasi periuk tergantung, Hanyut puntung dari paya; Niat hati hendak bergantung, Orang tak hendak apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang kedondong buah di hutan, Tergantung-gantung dengan buahnya; Jika ada untungmu tuan, Besar diharung dengan tuahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah rambai buah rambutan, Buah tergantung bertali-tali; Sudah sampai janjimu tuan, Jika untung mana nak lari? |