[te.ria/] | ترياق
Definisi : 1. teriakan; 2. Kd, Kl tangis; berteriak 1. berseru (memanggil dll) dgn suara yg keras dan nyaring, melaung, memekik: maka ~lah kawan bertanya, ‘Perahu dr mana ini?’; 2. Kd, Kl bp menangis; meneriak memanggil (menyeru, melaung) dgn suara yg keras dan nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh; meneriaki ark memanggil dgn berteriak; meneriakkan 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; teriakan seruan dgn suara yg keras dan nyaring (utk memanggil, menarik perhatian, dll), jeritan, laungan, pekikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ria/] | ترياق
Definisi : , = teriakan seruan dgn suara yg keras dan nyaring kerana meminta tolong dll; jerit; pekik: Kedengaran ~ orang meminta tolong. berteriak berseru dgn suara yg keras dan nyaring; menjerit; melaung; memekik: Cuba lihat siapa yg ~ itu. meneriak menyeru dgn suara yg keras dan nyaring: Mak Munah ~ anaknya supaya pulang. meneriakkan memekikkan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring; menyerukan; melaungkan: Guru itu ~ perkataan yg kurang jelas kpd muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)