Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Sayang selasih ditumpah minyak,
     Bunga jengkang dengan jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
     Kerana sudibersama kami.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Gajah memamah aris,
     baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Bermaksud :

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

 

Lihat selanjutnya...(3)

556

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Kepala sama hitam hati lain-lain.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTangkisi bukit Tangkisi, Tempatlah orang terima gaji; Tuan jauh saya tangisi, Takutlah tiada berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih ditumpah minyak, Bunga jengkang dengan jerami; Terima kasih banyak-banyak, Kerana sudibersama kami.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih di Bukit Dulang, Diputik sedulang laut Sebandi; Terima kasih berulang-ulang, Sudi menjemput kami di sini.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di jalan raya; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke rumah saya.
Kurik Kundi Merah SagaBubuh racun di dalam gelas, Kalau minum tentulah mabuk; Tuan terima dengan ikhlas, Boleh tidak saya nak masuk.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan.
Kurik Kundi Merah SagaApi dalam gelas, Sayang selasih berisi minyak; Budi bertiga tidak terbalas, Terima kasih banyak-banyak.
Kurik Kundi Merah SagaAnak enggang kelima-lima, Ingat-ingat tanda merah; Anak dagang saya terima, Ini pula daging darah.
Kurik Kundi Merah SagaKalau membeli buah delima, Buah nanas atas tempayan; Kalau sudi tuan terima, Cincin emas permata berlian.
Kurik Kundi Merah SagaKalau membeli buah delima, Buah nanas atas tempayan; Kalau sudi tuan terima, Cincin emas permata berlian.
123

Kembali ke atas