Kurik Kundi Merah Saga | Pacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hutan terbang ke hutan, Tali tersangkut pagar duri; Adik bukan saudara bukan, Hati tersangkut kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak menjala jalaku tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak berjumpa hatiku takut, Hati rindu ditahan juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang bertali benang, Benang tersangkut di dalam jati; Jangan diingat jangan dikenang, Hancur luluh di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu mati patah tergalang, Anak helang tersangkut betisnya; Harimau mati tinggalkan belang, Dari belang datang bengisnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Abang Sani hilir ke kota, Dayung tersangkut di dahan rumpai; Rasa nak jatuh si air mata, Mengenang hidup tak akan sampai. |