Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.wa] | ترتاوا

Definisi : ® tawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.wa] | ترتاوا

Definisi : melahirkan rasa suka (senang hati) dgn suara terkekeh-kekeh, gelak, tergelak: kemudian ia ~ kuat-kuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.wa] | ترتاوا

Definisi : melahirkan perasaan girang atau suka hati dgn suara terkekek-kekek; gelak: Mereka ~ berdekah-dekah mendengar budak itu berjenaka. mentertawakan 1 menjadikan atau menyebabkan tertawa: Kelakuannya itu ~ temannya. 2 tertawa akan; tertawa terhadap: Dia ~ kelakuan anaknya yg lucu itu. 3 tertawa dgn sikap mengejek atau menghina: Janganlah suka ~ orang cacat. tertawaan sesuatu yg ditertawakan: Telatah lucu adiknya menjadi ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertawa

Puisi
 

Ikan gelama dimasak tumis,
     Mari dimakan berdua-dua;
Kucing tertawa ayam menangis,
     Sebab bercinta si bujang tua.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kuat tertawa koyak bibir.

Bermaksud :

Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa mengail todak, Dapat seekor dibawa pulang; Bumi tertawa langit tergelak, Tengok bulan di pagar bintang.
Kurik Kundi Merah SagaIkan gelama dimasak tumis, Mari dimakan berdua-dua; Kucing tertawa ayam menangis, Sebab bercinta si bujang tua.
Kurik Kundi Merah SagaKepiting di negeri Jawa, Buluh bersegi di atas atap; Ikan kering habis tertawa, Anak tupai baca kitab.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana mengail udang, Lepas dienjut diseret pula; Macam mana bermain bujang, Lepas tersenyum tertawa pula.
Kurik Kundi Merah SagaKulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa.
Kurik Kundi Merah SagaBunga selasih di dalam dulang, Dibawa orang ke negeri Kemboja; Buah hati kekasih orang, Saya tumpang tertawa sahaja.

Kembali ke atas