Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.bu/] | تروبوق

Definisi : 1. sj ikan laut, Clupea macrura; 2. sj ikan laut, Alosa macrura; 3. = telur ~ telur ikan terubuk (biasanya dikeringkan dan di-per­dagangkan); ~ padi sj ikan laut, Clupea sinensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.bu/] | تروبوق

Definisi : nama sj ikan laut, Clupea macrura. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terubuk

Puisi
 

Ikan terubuk dua sekawan,
     Sungguh sedap dimasak kari;
Bukan saya mabuk sebarang,
     Saya mabuk menahan hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Harapkan si untung menggamit,
     kain di badan didedahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang terubuk dipakan kupakan, Daun tunjang dimakan api; Habis lubuk kupesan akan, Ada yang bujang kusuruh berlaki.
Kurik Kundi Merah SagaIkan terubuk dua sekawan, Sungguh sedap dimasak kari; Bukan saya mabuk sebarang, Saya mabuk menahan hati.
Kurik Kundi Merah SagaIkan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Melana saya Melini, Makan terubuk seorang menelan; Kekasih di sana abang di sini, Ibarat pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api bersama kunang, Hendak membakar ikan terubuk; Suka hati orang bertunang, Bagai ikan pulang ke lubuk.

Kembali ke atas