Kurik Kundi Merah Saga | Terung asam terung berbulu, Mari ambil buat kerabu; Jangan tuan salah keliru, Nak cari umbut terkena buku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terung ini terung di Jeddah, Tiada bercabang cantik lagi; Tenung ini tenung penyudah, Tiadakan balik lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak beli terung, Kalau terung dimasak minyak; Lagi ditimbang baik diborong, Kalau ditimbang untung tak banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terung catur tepi sempadan, Tanam gelugur di tebing tinggi; Sudah patut sudah padan, Sudah ukur sama tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli terung beli kucai, Makan mari bulan puasa; Kena cium orang bermisai, Tiga tahun terasa-rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam terung tepi beting, Anak bangau turun mandi; Berapa banyak pukat keliling, Ikan tak mahu serahkan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pekan membeli terung, Hendak dimasak kuahnya lemak; Puas sudah menggila burung, Bila masa nak jadi jinak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak dipais ikan todak, Hendak diparut bukannya terung; Hendak ditangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung. |